suria

Seal Sudah Jumpa Pengganti Heidi Klum

Seal dan Heidi bercerai pada Januari lalu.
Seal dan Heidi bercerai pada Januari lalu.
Seal dan Heidi bercerai pada Januari lalu.

KENYATAAN popular Seal mengenai cinta agungnya terhadap bekas isteri, Heidi Klum, yang telah bercerai pada Januari lalu nampaknya hanya cakap-cakap kosong sahaja.

Menurut laporan Dailymail, pemilik lagu The Kiss From A Rose itu telah menemui pengganti Heidi iaitu seorang wanita tinggi lampai dan kurus seperti “supermodel” tersebut.

Mereka ditemui di sebuah lokasi percutian sebuah kapal mewah Porto Cervo, Sardinia bersama seorang wanita berbikini putih dan masing-masing saling berpelukan dan begitu mesra.

Dalam pada itu, Seal sempat juga melakukan rutin senamannya manakala wanita itu melakukan aktiviti yoga, sambil berjemur di bawah matahari yang terik.

Kehadiran wanita berkenaan membuktikan bahawa Heidi sudah tiada lagi dalam hati Seal.

Artikel Lain