suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yayasan P. Ramlee Dapat RM1 Juta

Seniman Datuk Aziz Satar (kanan) bercerita mengenai kenangannya dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (kiri) selepas pelancaran program P. Ramlee dalam kenangan di Auditorium P. Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan di Georgetown, Isnin. - Foto oleh BERNAMA

PETALING JAYA: Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada industri perfileman negara, kerajaan dijangka melancarkan Yayasan P. Ramlee dengan dana permulaan RM1 juta.

Harian Metro pada Selasa melaporkan, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Daserah Ismail berkata, dana itu digunakan bagi menampung aktiviti seni serta kebajikan seniman.

“Dana itu bagi memperingati sempena pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang banyak menabur bakti melalui karyanya yang mengandungi ilmu tersirat.

“Dalam usaha mengkaji semua karya Allahyarham secara teliti dan serius, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan mewujudkan Kursi Pengajian P. Ramlee di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara),” katanya pada Majlis Pelancaran Program P. Ramlee Dalam Kenangan di sini, Isnin.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Auditorium P. Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni di sini.

Artikel Berikut

Artikel Lain