suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drew Barrymore Kahwin Senyap-Senyap

Drew Barrymore
Drew Barrymore
Drew Barrymore

AKTRES Dre Barrymore khabarnya telah mendirikan rumah tangga dengan Will Kopelman pada Sabtu lalu di Montecito, California.

Menurut laporan Contactmusic, pasangan itu cuba mengelak daripada tumpuan media dengan cara mengatakan ia sebuah latihan perkahwinan.

"Entah kenapa dia merahsiakannya, namun tetamu yang menghadiri ke majlis perkahwinan tertutup itu membawakan hadiah-hadiah yang cukup mewah seperti alkohol, minyak zaitun dan coklat," kata seorang sumber.

Majlis tersebut dihadiri seramai 70 orang termasuklah aktres Cameron Diaz dan Jimmy Fallon.

Bagaimanapun, sehari sebelum majlis itu berlangsung, Drew dan Will mengadakan sebuah jamuan makan malam menjemput keluarga dan rakan-rakan terdekatnya bagi meraikan status solo terakhir mereka.

Sebelum ini Drew pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan Jeremy Thomasdan dan Tom Green.

Artikel Sebelum

Artikel Lain