Persaingan Hebat 20 Peserta 'On Air' Bermula 23 Mei Depan

Peserta 'On Air' akan menunjukkan kehebatan mereka sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi peluang berkhdimat dengan Astro.
Peserta 'On Air' akan menunjukkan kehebatan mereka sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi peluang berkhdimat dengan Astro.
Peserta 'On Air' akan menunjukkan kehebatan mereka sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi peluang berkhdimat dengan Astro.

KUALA LUMPUR: Seramai 20 peserta akhir program On Air bakal memberikan saingan sengit apabila rancangan realiti itu mula disiarkan pada 23 Mei depan.

Juri tetap On Air, Aznil Nawawi berkata, kesemua mereka yang dipilih mempunyai kelebihan masing-masing selain bakat dinamik yang akan menjadikan pertandingan itu mencabar.

"Walaupun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri tetapi satu titik persamaan mereka adalah variasi bakat yang akan menyukarkan pihak juri membuat pilihan.

"Faktor itu juga memerlukan mereka untuk berusaha lebih dalam menyerlahkan personaliti dan bakat agar boleh menyaingi antara satu sama lain,” ujarnya kepada mStar Online pada sesi pengenalan 20 Peserta rancangan itu di sini pada Rabu.

Tambah Aznil, walaupun program berkenaan diterbitkan untuk mencari pelapis pengacara baru di negara ini, pihaknya juga akan memastikan kesemua mereka mendapat pendedahan terhadap bidang kewartawanan sebagai asas dan persediaan melangkah sebagai personaliti televisyen.

Aznil memberitahu, Suhaimi Sulaiman yang juga Editor Pengurusan Astro Awani diberi tanggungjawab untuk memastikan semua peserta mendapat asas dalam teori dan analisis berita.

"Mereka semua akan ditempatkan di Astro Awani di bahagian yang bersesuaian dengan mereka dan dari situ mereka akan diajar mengenai teknik penulisan berita dan analisis.

"Ia sangat penting dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan, deria nilai berita dan menilai sesuatu kepentingan berita," ujarnya.

Selain Suhaimi, bekas personaliti Astro Awani, Dang Suria Zainordin pula akan memastikan penjenamaan setiap peserta berada di landasan tepat.

On Air turut menyaksikan kemunculan pelakon Zahiril Adzim sebagai jurulatih lakonan dan persembahan selain Shafi Shariff sebagai guru vokal.

Sementara itu, Aznil berkata seorang peserta akan disingkirkan pada setiap minggu selepas dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan.

Seorang atau lebih peserta yang lemah akan dipanggil dan diberikan peluang untuk membuat rayuan sebelum disingkirkan.

"Keputusan penyingkiran akan dilakukan oleh saya, Normala dan seorang juri undangan yang dijemput setiap minggu," ujarnya.

Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selain beberapa hadiah sampingan lain.

Sepuluh peserta yang terpilih adalah Anas Farhan (21), Azfar (24), Che Kamarul (29), Hafizudin (23), Hafizul (26), Hakim (27), Hassanal (27), Hefny (25), Hilal (24) dan Norhafis (27).

Manakala sepuluh peserta wanita adalah Dahlia (24), Azfar (24), Halizah (27), Harleena (26), Ishabellah (24), Malissa (26), Natrah (20), Norsiah (24), Norheda (31), Nurulhana (24) dan Syakirin (23).

Masih mengekalkan Karl Shafek sebagai hos untuk program Diari On Air pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei.

Manakala Studio On Air bersiaran pada setiap Ahad pukul 10 malam bermula 27 Mei.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain