suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Pilih Gaun Versace Pada Majlis Kahwin

Brad Pitt dan Angelina Jolie mengejutkan peminat apabila mengakui telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin.
Brad Pitt dan Angelina Jolie mengejutkan peminat apabila mengakui telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin.
Brad Pitt dan Angelina Jolie mengejutkan peminat apabila mengakui telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin.

SELEPAS secara rasmi mengikat tali pertunangan baru-baru ini, pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin rancak merencanakan hari pernikahan mereka.

Perkara yang paling menarik perhatian peminat dan masyarakat adalah pilihan busana yang akan dikenakan oleh Angelina pada hari bahagianya itu nanti.

Namun seperti dilaporkan oleh Dailymail, desas desus mengatakan wanita berusia 36 tahun ini akan mengenakan gaun pengantin daripada rekaan Versace.

Jenama itu juga sememangnya menjadi kegemaran pelakon berbakat besar itu sejak sekian lama.

Angelina juga dikhabarkan telah melantik seorang perunding imej untuk memberinya saranan berkaitan perkahwinannya nanti.

Pasangan itu telah bercinta hampir lapan tahun dan mempunyai enam orang anak dan Angelina sebelum ini memberitahu dia tidak mahu merosakkan hubungannya dengan Brad dengan ikatan perkahwinan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain