Wawa Zainal Jawab Tuduhan Punyai Hubungan Dengan VIP

Wawa Zainal
Wawa Zainal
Wawa Zainal

PETALING JAYA: Pelakon baru Wawa Zainal menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinya sedang menjalin hubungan dengan VIP berstatus ahli politik dari negeri asalnya Sabah.

Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 21, ini berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana dia tidak pernah mengenali mana-mana individu berprofil tinggi seperti yang diperkatakan.

“Saya tidak pernah keluar dengan mana-mana VIP, apatah lagi untuk menjalin hubungan secara rahsia dengan golongan tersebut.

“Perkara ini tidak berasas dan memang tidak berlaku. Saya mengaku ada beberapa VIP cuba mendekati dan mengajak saya keluar sebelum ini tetapi semuanya saya tolak,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pelakon yang dilantik sebagai duta produk pelembap bibir, Lipice ini berkata, menjalinkan hubungan dengan golongan tersebut adalah perkara yang paling ditakutinya.

“Saya paling takut untuk terbabit dengan skandal sebegini kerana saya mempunyai matlamat yang besar untuk berjaya sebagai pelakon ketika menceburi bidang seni.

“Lagipun, tindak tanduk saya sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan, jadi tidak mungkin saya akan buat perkara yang berisiko itu,” katanya.

Selain beberapa filem yang menantikan slot tayangan seperti Seram Sejuk, Budak Pailang dan Ajinohmotor, Wawa kini sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem Cahaya Iman dan filem Pada Suatu Cinta Dahulu di samping aktor Shaheizy Sam.

“Saya bersyukur dengan perkembangan kerjaya yang semakin meningkat terutamanya pada tahun ini.

“Walaupun baru setahun setengah berkecimpung, saya semakin mendapat kepercayaan banyak pihak menerusi pelbagai tawaran lakonan dan baru dilantik duta Lipice untuk tempoh dua tahun,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain