Elly Mazlein Teruja Nak Kahwin Disember Ini - Hiburan | mStar

Elly Mazlein Teruja Nak Kahwin Disember Ini

Elly Mazlein. Foto SHAARI CHE MAT
Elly Mazlein. Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengakui, sejak bergelar tunangan orang pada Mac tahun lalu, dia mula berasa teruja untuk bergelar isteri yang dirancang pada Disember ini.

Elly yang bertunang dengan pengarah Azmi Hata berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri sejak memutuskan untuk sehidup semati dengan duda beranak dua itu, malah ingin merasai susah senang bekerluarga.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi.

"Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sesukar mana. Setakat merajuk sikit-sikit kerana sibuk dengan kerja masing-masing itu biasalah," katanya.

Memilih Eila Faizshah dan Linda Rahim sebagai pereka busana perkahwinannya, dia bersyukur, pihak keluarganya turut terlibat membantu dalam urusan persiapan majlis berkenaan.

"Kalau boleh saya mahu berkahwin sekali dalam seumur hidup dan pastinya saya mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan saya nanti. Cuma biarlah ia diadakan sederhana dan ala kadar sahaja," tuturnya yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Sementara itu, Elly juga akan membuat kemunculan semula di bidang nyanyian menerusi single lagu terbarunya Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Lebih menarik lagi, ia akan menjadi lagu soundtrack bagi filem 'Awan Dania The Movie'.

"Walaupun sibuk dengan kerja lakonan, tak mungkin saya dapat melupakan bidang nyanyian. Justeru itu saya ubati kerinduan peminat-peminat menerusi lagu Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You, ciptaan Julfekar.

"Insya-Allah jika kedua-dua lagu ini mendapat respons yang baik, saya akan muncul pula dengan sebuah album dan setakat ini ia masih lagi di tahap perbincangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain