Haiza Angkat Irama Dangdut Walaupun Rakam Lagu Pop

Haiza
Haiza
Haiza

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut terkenal, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, menjelaskan tidak akan meninggalkan muzik dangdut yang diperjuangkannya selama ini walaupun muncul dengan single genre pop.

Haiza, 32, berkata, dia masih memasang impian untuk menghasilkan sebuah album dangdut pada masa hadapan.

"Jujurnya jiwa saya masih melekat dengan muzik dangdut. Tetapi pada masa sama saya perlu mengikut perubahan semasa dan kehendak pendengar yang mahukan sesuatu yang lain.

"Kemunculan album single berjudul “Semalam” adalah usaha dalam memikat hati pendengar selain ingin mencuba sesuatu yang baru dalam karier saya," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran single tersebut di Redbox Sogo, di sini, Selasa.

Tambahnya, walaupun masih mencintai muzik dangdut dia perlu membuang egonya demi memastikan perjalanan karier seninya seiring dengan keadaan semasa industri muzik.

Ujarnya, sebelum muncul dengan “Semalam” dia telah melakukan pelbagai kajian tentang selera pendengar di negara ini bagi memastikan lagu itu diterima peminat.

"Saya telah melakukan sehabis baik untuk “Semalam” dengan meletakkan ego saya jauh-jauh walaupun sebenarnya ingin merakamkan lagu berentak dangdut.

"Selebihnya terpulang kepada penilaian pendengar sama ada ingin menerima atau tidak," ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza berkata dia tidak mahu terus menyalahkan pihak stesen radio yang enggan memutarkan lagu genre dangdut sebaliknya mengikut kehendak mereka.

Haiza memberitahu dia percaya pihak stesen radio mempunyai alasan tersendiri mengapa enggan memutarkan lagu-lagu berkenaan.

"Kalau asyik menyalahkan mereka kita juga rugi sebaliknya lebih baik kita kaji mengapa mereka berbuat demikian.

"Atas dasar itu juga saya muncul dengan genre pop tetapi masih menyelitkan sedikit elemen dangdut di dalamnya dengan memberikan nafas baru.

"Saya harap masih akan ruang untuk lagu saya diputarkan di stesen-stesen radio popular di negara ini," katanya.

Dia juga gembira apabila single itu telah berjaya dijual sebanyak 500 unit secara dalam talian dan ketika mengadakan persembahan.

Haiza berkata, itu adalah petanda baik buat dirinya yang sebelum ini telah bertungkus lumus memastikan hasil kerjanya diterima.

Sementara itu, Haiza berkata dia turut menggunakan medium laman Youtube sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagu.

"Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar," ujarnya.

Selain lagu “Semalam” ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu “Marilah Padaku” ciptaan Audi Mok dan Omar K.

Bagi yang ingin mendapatkan album single “Semalam” boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19