suria

Jolie-Pitt Bina Taman Tema Untuk Anak

Angelina Jolie (kanan) dan kekasihnya Brad Pitt ketika menghadiri Anugerah Academy ke-84 pada Ahad.
Angelina Jolie (kanan) dan kekasihnya Brad Pitt ketika menghadiri Anugerah Academy ke-84 pada Ahad.
Angelina Jolie (kanan) dan kekasihnya Brad Pitt ketika menghadiri Anugerah Academy ke-84 pada Ahad.

PELAKON Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan akan membina sebuah taman tema bawah tanah yang mesra alam untuk enam anak mereka di kawasan rumah agam keluarga itu di selatan Perancis.

Pasangan tersebut dikatakan sudah menyiapkan pelan taman tema yang menyediakan enam permainan kegemaran anak-anak mereka setiap satu.

Keputusan itu dilakukan selepas percutian keluarga mereka di Legoland di Windsor pada September tahun terpaksa dipendekkan atas kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak itu.

Sumber berkata: "Brad dan Ange berasa bersalah dan terkilan kerana terpaksa membawa anak-anak mereka pulang awal daripada percutian di Legoland pada tahun lalu. Tetapi ia terpaksa dilakukan atas nasihat pengawal peribadi mereka ekoran kesesakan orang ramai di tempat itu.

"Anak sulung mereka Maddox bertanya jika mereka boleh membina sesuatu yang menyamai taman tersebut di rumah mereka di Perancis.

"Pasangan itu bersetuju dengan idea berkenaan memandangkan mereka baru sahaja menyiapkan sebuah kolam di rumah itu."

Menurut The Sun, taman tema itu nanti bakal dijanakan oleh tenaga solar menerusi panel solar dari atas bumbung dan airnya akan diguna semula.

Sumber dalaman berkata: "Terdapat kolam yang besar, gelongsor, terowong, bot, pulau lanun dengan istana, trek kereta go-kart dan karusel gaya lama.

"Brad telah mereka kereta api mini yang boleh melalui seluruh kawasan bawah tanah dan menembusi pintu struktur baru sehingga ke taman tema."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gambit Saifullah Nekad Berehat

Artikel Lain