suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Alba Ibu yang Garang

Jessica Alba
Jessica Alba
Jessica Alba

AKTRES jelita Jessica Alba mengakui dia merupakan seorang ibu yang sangat tegas dan garang berbanding dengan ibu bapanya yang lebih 'tenang' dengan anak-anaknya.

Jessica yang mempunyai dua orang anak iaitu Honoe, 3, dan Haven, enam bulan, berkata, dia merasakan diri sedikit terpengaruh dengan budaya tradisional apabila anaknya sering bertanyakan pelbagai soalan.

"Saya ada karakter yang sedikit berunsur tradisional apabila anak perempuan saya selalu mengharapkan jawapan yang boleh memuaskan hatinya.

"Anak saya kerap bertanya ' Tapi, kenapa mak? kenapa?', dan saya pula akan membalas 'Sebab saya yang berkata begitu', sekadar ingin berhenti daripada soalan yang bertalu-talu.

"Kemuadian saya tersedar, bahawa saya sememangnya seorang ibu yang sangat 'old fashioned'," selorohnya kepada femalefirst.co.uk.

Sementara itu, bercerita mengenai zaman kanak-kanak yang dilalui aktres ini, dia juga mengakui agak nakal dan kerap mendengar kata-kata ibunya.

" Saya seorang yang bagus dalam akademik dan mendalami ilmu kitab Injil. Saya bukannya jahat pun, cuma suka memberontak rasanya.

"Pernah sekali ketika berusia 14 tahun, saya suri-suri membawa kereta ayah pergi ke restoran makanan segera bersama-sama rakan-rakan dan berseronok sakan. Ya, mungkin saya nakal," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain