suria

Neelofa Tumpu Filem & Pengacaraan

Neelofa
Neelofa
Neelofa

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mengakui tidak dapat mengambil tawaran drama bagi menumpukan perhatian kepada lakonan filem dan pengacaraan.

Kata Neelofa, ia berikutan kesibukan dan komitmennya kepada beberapa buah filem dan menjadi penyampai bagi dua buah program televisyen.

"Bukan saya menolak untuk berlakon drama tetapi memberi komitmen kepada filem dan tanggungjawab baru sebagai penyampai program.

"Tapi jika ada tawaran drama yang baik dan mempunyai skrip yang kuat saya akan mempertimbangkannya," ujarnya pengacara program Nona musim akan datang.

Dalam pada itu, dia berkata pembabitan awal dalam drama sebelum ini bagi memberitahu khalayak tentang kehadiran dalam industri ini.

"Saya ambil beberapa tawaran drama sebelum ini kerana ingin memberitahu penonton bahawa saya boleh berlakon dan bakal berada di industri ini.

"Saya tidak mahu mereka mempertikaikan bakat saya kerana gosip-gosip yang keluar terlebih dahulu sebelum filem saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Neelofa kini dalam proses perbincangan untuk menjayakan sebuah drama bersama pengarah terkenal Erma Fatimah.

“Saya ada berbincang dengan Erma Fatimah untuk bekerjasama berlakon dalam sebuah drama dan kini masih lagi dalam peringkat awal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa telah membintangi beberapa buah filem yang bakal ditayangkan tahun depan antaranya Azura 2012, Hantu kapcai, Lemak Kampung Santan, Saya Amat Mencintaimu (SAM) dan Taiko

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain