suria

FFM24: Merong Mahawangsa Gondol Tiga Anugerah

Merong Mahawangsa.
Merong Mahawangsa.
Merong Mahawangsa.

KUALA LUMPUR: Filem epik terbitan KRU Studios, Merong Mahawangsa menggondol tiga anugerah pada malam Anugerah Gemilang Cipta yang berlangsung di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, malam Rabu.

Filem tersebut membawa pulang anugerah Kesan Visual Terbaik, Poster Filem Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik.

Malam pertama Festival Filem Malaysia 24 (FFM24) itu turut menyaksikan Pengarah filem Libas, Jurey Latiff Rosli dinobatkan sebagai Pengarah Harapan.

Majlis perasmian dan penyampaian trofi bagi 10 kategori dipertandingkan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pelakon Wanita Harapan dimenangi oleh bintang filem Cun iaitu Nadia Nissa manakala Salehhudin Bakar dipilih sebagai pemenang untuk kategori lelaki.

Anugerah lain yang disampaikan pada malam tersebut adalah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik yang dimenangi oleh Mia Sara Nasuha menerusi filem Sekali Lagi dan Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik digondol filem Great Day.

Manakala bagi kategori Filem Animasi Terbaik dimenangi oleh filem terbitan Mushroomhead, Altitude Alto.

FFM24 mempertandingkan 32 kategori pada tahun ini dan baki 22 kategori akan diumumkan pada malam Anugerah Gemilang Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain