suria

Isteri Belum Mengandung, Zed Zaidi Serah Pada Tuhan

Zed Zaidi.
Zed Zaidi.
Zed Zaidi.

KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menjelaskan dia dan isterinya, Natalia Mustafa Kamal masih belum hamil dan menganggap rezeki masih belum memihak kepada mereka.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, memberitahu dia dan isterinya tidak mahu berasa tertekan dengan soal itu dan menyerahkan kepada Allah.

"Belum rezeki lagi tetapi kami tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana kami tidak merancang," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini, Selasa.

Zed dan Natalia, 28, berkahwin pada 29 April lalu selepas berkenalan melalui laman sosial Facebook pada tahun 2008.

Dalam pada itu, Zed memberitahu kephidupannya kini lebih tersusun selepas berkahwin dan lebih fokus terhadap kerja-kerja yang dilakukan.

Ujarnya, dia lebih tenang dalam melakukan kerja-kerja seharian kerana telah dijaga dengan baik oleh isterinya.

"Saya lebih fokus dalam melakukan kerja kerana mempunyai seorang isteri yang pandai menguruskan rumah tangga dan mengambil berat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain