suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Watson 'Berehat' Kerana Sambung Belajar

AKTRES remaja Emma Watson, 21, (gambar) membuat keputusan untuk berehat daripada aktiviti seni lakonannya kerana mahu menumpukan perhatian kepada pengajian.

Saat ini, pelakon filem Harry Potter itu sudah ke kuliah di Universiti Oxford, England.

"Para peminat mungkin tidak akan mendengar khabar daripada saya untuk sementara waktu kerana saya akan benar-benar sibuk belajar, tetapi saya ingin menyapa semua orang dan mengucapkan selamat tinggal," tulis Emma dalam blog peribadinya seperti dipetik US Magazine, Selasa.

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan Emma tidak tahan menjalani kuliah di Universiti Brown. Namun hal itu dinafikan olehnya.

Dalam waktu terdekat ini, Emma akan muncul dengan filem terbarunya, “My Week with Marilyn”. Dalam filem itu, Emma melakonkan watak sebagai pembantu almari pakaian Marilyn.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain