suria

Sandra Bullock Nafi Hamil Anak Ryan Reynolds

Sandra Bullock dan Ryan Reynolds
Sandra Bullock dan Ryan Reynolds
Sandra Bullock dan Ryan Reynolds

SEJAK bercerai dengan Jesse James, Sandra mula dikaitkan dengan aktor Ryan Reynolds, selepas digandingkan bersama dalam filem “The Proposal”. Terbaru, dia dikatakan sedang hamil anak Ryan.

Berita tersebut telah dilaporkan sendiri oleh majalah OK! di mana Sandra bakal bergelar seorang ibu selepas memiliki seorang anak angkat, Louis, sebelum berpisah dengan Jesse.

Mendengar khabar angin itu, Sandra terus menyangkal dakwaan tersebut dan menghubungi majalah berkenaan dan meminta pengarangnya untuk membetulkan semula berita tersebut.

Dalam sebuah temu bual Samantha Harris, pengacara tersebut telah menjelaskan bahawa Sandra tidak hamil seperti yang dilaporkan oleh majalah Ok!

"Sandra telah memberitahu saya bahawa dia tidak hamil anak Ryan, malah mereka juga bukan sepasang kekasih," kata pengacara tersebut.

Selain menyangkal khabar berkenaan, Sandra juga turut menafikan bahawa Ryan telah bersetuju untuk menjadi bapa kepada Louis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain