suria

Eddie Murphy Jadi Pengacara Anugerah Oscar?

Eddie Murphy
Eddie Murphy
Eddie Murphy

PELAKON dan pelawak terkenal, Eddie Murphy dikhabarkan akan memikul tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Oscar kali ke-84 tahun ini menurut laporan Los Angeles Times.

Khabar angin itu bertambah kuat apabila penerbit anugerah itu, Brett Ratner dikatakan mahu Murphy sebagai calon utama mengacarakan acara gemilang itu tahun ini.

Pemilihan itu juga dikatakan atas dasar hubungan baik antara Ratner dan Murphy yang baru selesai menjalani penggambaran filem aksi berjudul “Tower Heist” bersama Ben Stiller diarahkan oleh Ratner.

Walaupun pihak pengurusan anugerah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, Ratner dan Don Mischer dikatakan telah berjumpa dengan Presiden Akademi, Tom Sherak dipercayai bagi membincangkan mengenai hal tersebut.

Dalam pada itu, pelawak Billy Crystal dilaporkan turut berminat untuk memikul tugas tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain