suria

Anak Sulung Serikan Syawal Ezany & Isteri

Ezany Nizariff
Ezany Nizariff
Ezany Nizariff

KUALA LUMPUR: Pelakon Ezany Nizariff mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini membawa seribu satu makna buat dirinya dan isteri Lizda Nuryanti Abidin apabila penantian selama lima tahun untuk mendapat anak termakbul dengan kelahiran anak sulung mereka, Rayyan Hariz yang kini berusia tiga bulan.

Kata Ezany, keterujaan untuk meraikan lebaran tahun ini sebagai seorang bapa sudah membuak-buak apabila dia sudah menyiapkan pakaian Hari Raya mereka anak-beranak yang bertemakan warna emas sejak awal lagi.

"Maklumlah, ini kali pertama saya dan isteri akan beraya sebagai ibu dan bapa, tentulah kami berkobar-kobar untuk menyiapkan segala kelengkapan sebaik yang mungkin.

"Tahun ini kami memilih tema warna emas dan saya sudah membelikan anak saya beberapa pasang pakaian sejak awal lagi," katanya yang menyambut Aidilfitri di kampungnya di Perlis.

Selain itu, sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran anaknya itu, Ezany juga mengadakan majlis makan secara besar-besaran untuk seluruh ahli keluarganya pada minggu pertama Hari Raya.

Menyentuh pula kerjaya lakonan, aktor yang lebih menyerlah dalam drama di televisyen berbanding filem ini berkata, dia mula berjinak-jinak dalam genre komedi kebelakangan ini kerana berasa lebih relaks dan santai.

"Selepas bercuti selama seminggu pada Hari Raya ini, saya akan kembali ke KL untuk memulakan komitmen drama bersiri Tangisan Bulan Madu musim kedua di samping Rita Rudaini (RTM2).

"Kebelakangan ini saya semakin seronok pula apabila terbabit dengan drama komedi. Selepas ini, saya akan masuk ke set drama Naik Tangga, Turun Lif bersama Norkhiriah dan Fiza (Elite).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain