suria

Khai Tidak Sabar Beraya Dengan Adik

Khai dan isteri beraya di Kuantan, Pahang setiap tahun.
Khai dan isteri beraya di Kuantan, Pahang setiap tahun.
Khai dan isteri beraya di Kuantan, Pahang setiap tahun.

PETALING JAYA: Penyanyi Khai tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di rumah keluarga mereka di Kuantan dengan salah seorang adiknya, Syam yang tinggal di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, adiknya pulang beraya ke Kedah kerana mengikut giliran pulang beraya di kampung isterinya.

“Saya rasa tidak sabar untuk menyambut Hari Raya dengan adik saya sebab tahun lepas kami tidak dapat beraya bersama-sama.

“Sambutan Hari Raya kami juga lebih meriah dan gamat memandangkan masing-masing sudah mempunyai anak yang semakin membesar,” katanya yang akan pulang beraya di rumah ibu bapanya di Kuantan, Pahang.

Seperti biasa, Khai juga pulang beraya di rumah mertuanya di Kuantan memandangkan rumah keluarganya dan keluarga mertua tidak jauh.

Hasil perkahwinan dengan penyanyi Rosma, mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Pasangan ini juga muncul dalam program Mari Berdansa Aidilfitri yang akan disiarkan pada Hari Raya Kedua, 31 Ogos, pukul 5 petang di Astro Ria (saluran 104).

Program ini menggabungkan pasangan-pasangan bekas peserta Sehati Berdansa dan Mari Menari yang bersaing gerak tari dengan alunan lagu hari raya bagi merebut gelaran juara.

Pasangan yang memenangi program tersebut menerima hadiah RM5,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili masing-masing dan hadiah percutian tiga hari dua malam ke Tanjung Rhu Resort, Langkawi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain