suria

Azlan The Typewriter Teruja Nyanyi Lagu Ciptaan M.Nasir

Azlan pulang ke kampung isteri di Tampoi, Johor pada hari raya ketiga. - Foto SHAARI CHE MAT
Azlan pulang ke kampung isteri di Tampoi, Johor pada hari raya ketiga. - Foto SHAARI CHE MAT
Azlan pulang ke kampung isteri di Tampoi, Johor pada hari raya ketiga. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Penyanyi Azlan The Typewriter agak teruja apabila komposer M. Nasir bersetuju untuk menggubah lagu untuknya.

Kata Azlan, idea tersebut tercetus setelah kedua-duanya terlibat dalam rakaman program Sedetik Muzik terbitan TV3 pada 24 Julai lalu.

“Biasanya saya menyanyikan lagu ciptaan sendiri tetapi kali ini saya ingin mencuba lagu ciptaan M. Nasir kerana dia merupakan idola semua pemuzik.

“Saya rasa semua orang mempunyai keinginan untuk bekerja dengan komposer hebat sepertinya.

“Syukur alhamdulillah apabila dia menerima pelawaan saya untuk memintanya menggubah lagu untuk saya. Saya rasa seperti satu penghormatan kerana bukan mudah untuk meminta dia menggubah lagu,” kata Azlan yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai seorang suami.

Biarpun statusnya sudah berubah, penyanyi lagu “Gerak Hati” ini melakukan persiapan Hari Raya secara sederhana seperti dilakukan sebelum ini.

“Pada tahun ini, saya akan beraya di banyak tempat iaitu di Kota Tinggi, Johor, Hulu Langat, Hulu Klang dan kampung isteri saya di Tampoi, Johor pada hari raya ketiga.

“Perayaan saya pada tahun ini lebih gembira memandangkan saya bakal menerima kelahiran cahaya mata setelah isteri saya hamil lima bulan,” ujarnya.

Menyentuh tentang perkembangan lain, Lan turut sibuk dengan pembikinan lagu baru di studio dengan bantuan pemuzik AG Coco.

Wajahnya juga dapat dilihat muncul dalam klip video lagu Saya Anak Merdeka yang dinyanyikan semula beramai-ramai dengan bekas pelajar Akademi Fantasia, Aizat, Najwa dan penyampai radio di bawah rangkaian radio Airtime Management Programming Sdn Bhd (AMP).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain