suria

Maulaya, Album Arab Rabbani

Rabbani masih aktif membuat persembahan setelah kehilangan Ustaz Asri.
Rabbani masih aktif membuat persembahan setelah kehilangan Ustaz Asri.
Rabbani masih aktif membuat persembahan setelah kehilangan Ustaz Asri.

Artis: Rabbani

Album: Maulaya

Lagu Pilihan: Muhammad ya habibi, Maulana, Anta Ya Rahman

Edaran: Warner Music Malaysia

DUA tahun sudah pemergian vokalis utama kumpulan Rabbani, Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Asri. Kelunakan suaranya masih lagi segar di ingatan lebih-lebih lagi mengimbas kembali nyanyiannya dalam menerusi lagu Intifada dan Subuh Yang Terakhir.

Bagi yang merindui suara nyanyiannya, kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan sejak 1997 itu sempat merakamkan beberapa buah lagu bersama Ustaz Asri untuk dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul Maulaya.

Walaupun hanya memuatkan sebanyak enam buah lagu, album ini mempunyai sedikit kelainan berbanding album-album sebelum ini apabila kesemua lagu yang dimuatkan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Talaal Badru Alaina, Muhammad ya habibi, Maulana, Anta Ya Rohman, Solla’alaikallah dan Sifatullah.

Menariknya tentang album ini kerana ia dirakamkan sepenuhnya di Kuwait, Arab Saudi dan boleh dikatakan 90 peratus daripada susunan muzik yang dihasilkan menggunakan perkusi.

Pada pendapat OopStarz!, lagu-lagu yang harus diberi perhatian ialah Muhammad Ya habibi, Maulana dan Anta Ya Rahman. Lebih-lebih lagi mainan muzik perkusi yang didendangkan menampakkan sisi kreatif mereka.

Seperti biasa, tidak perlu rasanya OopStarz! memberi komen mengenai vokal kumpulan ini kerana suara mereka sememangnya mantap dan mempunyai gaya nyanyian tersendiri.

Lebih-lebih lagi, apabila mendengar kelunakan suara Ustaz Asri, pendengar mungkin akan khayal seketika dengan setiap bait-bait nyanyiannya yang begitu mengasyikkan.

Secara keseluruhan, lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai kualiti tersendiri dan setiap karya yang dihasilkan memiliki gaya penyampaian muzik yang menarik.

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

Artikel Lain