suria

Lisdawati Belum Sedia Tegur, Maafkan Nadia Mustafar

Lisdawati
Lisdawati
Lisdawati

PETALING JAYA: Pelakon Lisdawati menjelaskan masih belum bersedia untuk bertegur sapa dan menghulurkan salam pendamaian dengan pelakon Nadia Mustafar biarpun mereka sering berjumpa.

Jelas Lisda, dia lebih selesa dengan bersikap profesional iaitu berurusan atas dasar kerja sahaja sekiranya terserempak atau bertemu pelakon itu di sesebuah majlis.

"Kenapa saya perlu meminta maaf dan hulurkan salam pendamaian, dia yang sepatutnya melakukan perkara itu.

"Bagaimanapun saya dan dia tiada sebarang masalah dan lebih elok rasanya kami hanya bersikap profesional iaitu bertemu atas dasar kerja apabila bertemu.

"Suami saya dan suami dia berkawan, kami juga sering bertemu di majlis tertentu cuma tidak bertegur sapa sahaja kerana bagi saya untuk kembali mesra dan melupakan perkara lalu itu adalah hak peribadi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Lisdawati diminta mengulas kenyataan Nadia Mustafar dalam laporan akhbar mingguan, Ahad, yang menunggu salam pendamaian dan kemaafan daripada pelakon tersebut.

Selain itu, lebih melegakan Nadia apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu telah meminta Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin menarik balik saman fitnah yang difailkan berikutan tuntutan itu melebihi bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Bagaimanapun menurut Lisda, berhubung kes mahkamah yang dimenanginya pada 15 Disember tahun lalu itu, dia masih belum menerima sebarang surat mahkamah berhubung penarikan saman berkenaan.

"Tentang saman, saya sudah berbincang dengan peguam saya dan dokumen tentang kemenangan saya sudah berada di tangan.

"Tentang penarikan balik saman itu saya tidak pasti kerana belum ada sebarang surat menyurat dan dokumen tentang perkara itu diterima," katanya yang enggan mengulas berhubung kes berkenaan.

Artikel Lain