suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Incubus Di Filipina Mendapat Bantahan

TATKALA kumpulan Incubus sibuk mengadakan konsert jelajahnya di Asia, sekumpulan kecil rakyat Filipina memprotes kehadiran kumpulan itu untuk mengadakan konsert pada 28 Julai depan di Araneta Center, Cubao, Quezon City.

Menurut contactmusic.com, pihak tersebut bukan sahaja melarang konsert itu diadakan bahkan mereka tidak membenarkan Incubus menjejaki tanah Filipina.

"Pengumuman! Sebuah kumpulan rock, Incubus akan mengadakan konsert di Araneta Coliseum pada 28 Julai ini.

"Kita harus melarang mereka datang ke tanah Filipina kerana mereka boleh merosakkan para remaja dengan menyampaikan mesej negatif menerusi konsert terebut," kata salah seorang pemuda yang membuat pengumuman tersebut di beberapa buah lokasi sekitar Cubao.

Mereka juga menganggap nama Incubus sudah menunjukkan kerosakan akhlak yang bermaksud 'lelaki setan'.

Bagaimanapun, Incubus sendiri telah mengunjungi ke negara tersebut dengan mengadakan konsert sebanyak dua kali dan mereka hadir tanpa sebarang gangguan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain