Komposer Dakwa John Legend Mencuri Lagu - Hiburan | mStar

Komposer Dakwa John Legend Mencuri Lagu

John Legend
John Legend

NEW YORK: Bintang R&B, John Legend telah didakwa oleh komposer Anthony Stokes atas tuduhan mencuri lagu demo miliknya yang pernah dipinjamkan kepada penyanyi itu.

Menurut laporan portal tmz.com, Stokes yang telah memfailkan kes itu di New Jersey mendakwa bahawa dia pernah memberikan pita demo lagu berkenaan kepada Legend pada 2004 selepas sebuah konsert.

Legend yang berjanji untuk memulangkan semula pita berkenaan selepas mendengarnya, bagaimanapun tidak berbuat demikian sehingga hari ini.

Sebaliknya, komposer itu menegaskan lagu Legend yang berjudul Maxine’s Interlude yang dikeluarkan pada 2006 mempunyai persamaan dengan lagu demo Where Are You Now? yang pernah diberikan kepada penyanyi itu.

Stokes dilaporkan telah membuat tuntutan sejumlah ganti rugi yang enggan didedahkan.

Artikel Sebelum

Beckham Papar Foto Perut Victoria

Artikel Berikut

Lady Gaga Mungkin Sakit

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian