suria

Afgan Dituduh Langar Kontrak Syarikat Rakaman

Afgansyah Reza
Afgansyah Reza
Afgansyah Reza

JAKARTA: Penyanyi Afgansyah Reza (Afgan) dituduh melanggar kontrak syarikat rakaman WannaB Production yang telah membawa namanya ke industri hiburan Indonesia.

Peguam mewakili WannaB Production, Togar Manahan Nero memberitahu bahawa penyanyi tersebut telah melanggar perjanjian dan kontrak kerja yang telah ditandatangani kedua-dua pihak.

"Kita akan melaporkan perkara ini ke Ibu Pejabat Polis Jakarta Selatan atas kes melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan syarikat rakaman kami," jelasnya.

Kata Hulman, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman lain sebelum kontrak lamanya tamat.

"Sebelum ini, kami sudah berbincang secara baik dengan Afgan tentang perkara ini, namun tiada sebarang penyelesaian.

"Dia didapati menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Trinity sebelum kontrak bersama WannaB tamat," ujarnya.

Selain itu, penyanyi ini juga dikatakan sebagai kacang lupakan kulit kerana telah mengingkari kontrak tersebut.

"Tindakan tersebut diambil agar penyanyi ini sedar bahawa apa yang telah dilakukanny telah menimbulkan kerugian terhadap syarikat rakaman ini," tambahnya.

Artikel Lain