suria

Awi Rafael Mengaku Rapat Dengan Shila Amzah

Awi Rafael ketika menjayakan persembahan Konsert Wall's Cornetto di Setiawangsa Sabtu lalu. - Foto MOHD FAIHAN
Awi Rafael ketika menjayakan persembahan Konsert Wall's Cornetto di Setiawangsa Sabtu lalu. - Foto MOHD FAIHAN
Awi Rafael ketika menjayakan persembahan Konsert Wall's Cornetto di Setiawangsa Sabtu lalu. - Foto MOHD FAIHAN

PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael, 25, menafikan dakwaan kononnya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Shila Amzah.

Sebaliknya penyanyi yang sedang popular dengan lagu Pulanglah itu selesa menganggap Shila sebagai teman rapatnya.

“Kami mula berkawan dan rapat sejak terlibat dengan persembahan I-Muzik yang akan disiarkan di Tvi pada Ahad ini.

“Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami rapat ibarat teman tapi mesra. Hanya Allah yang mengetahui jika kami akan bercinta atau tidak,” katanya menjelaskan tentang hubungan cinta seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Awi tidak menafikan menyenangi Shila dan keluarganya kerana dia pernah berjumpa dan berbual dengan mereka.

Malah, dia juga selalu berhubung melalui telefon bimbit dengan gadis itu tetapi perbualan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

“Saya akui selalu berhubungan dengan Shila. Saya kenal mak dan ayah dia dan menghormati mereka.

“Tetapi jangan salah faham dengan apa yang saya katakan ini kerana sekarang saya mahu fokuskan kepada muzik dahulu,” ujarnya.

Mengenali Shila, pemuda berasal dari Pontian, Johor ini melihat gadis itu merupakan seorang yang berbakat besar dan menghormatinya.

“Kami gembira bersahabat dan sering bertukar-tukar idea dalam penulisan lirik. Ramai juga pihak yang bertanyakan tentang hubungan kami sebelum ini.

“Apa yang saya boleh jawab, kami hanya teman rapat kerana baru mengenali antara satu sama lain,” katanya yang bakal muncul dengan single keduanya berjudul Bila Aku Jatuh Cinta.

Single pertamanya berjudul Pulanglah sedang meletup di corong radio tempatan dan menduduki antara carta popular di beberapa stesen radio.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hazama Juara AF9

Artikel Lain