suria

Britney Spears Bertunang Dalam Diam

PENYANYI Britney Spears dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dalam diam dengan bekas pengurusnya, Jason Trawick.

Penyanyi berusia 29 tahun ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan baru-baru ini Britney dikatakan menyarung sebentuk cincin berlian berbentuk bunga di jari manis seperti dipetik The Sun.

Sumber mengatakan Jason yang berusia 10 tahun lebih tua daripada Britney telah melamar penyanyi itu dalam suasana romantik sambil membaca puisi lamarannya.

"Britney sudah tidak sabar untuk berkahwin lagi dan mempunyai lebih ramai anak, namun sebelum itu, dia mahu hubungan cinta mereka diakhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan" ujar sumber.

Ibu kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan sebelumnya ini sudah merancang sebuah majlis sederhana yang dijangka akan diadakan di Hawaii.

Artikel Sebelum

Artikel Lain