suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ancaman Bunuh, Lindsay Lohan Dapat Pengawasan

LOS ANGELES: Penyanyi Lindsay Lohan boleh menarik nafas lega apabila permintaannya untuk mendapat bantuan dan pengawasan daripada pihak berkuasa diluluskan.

Seperti dipetik Fimalefirst, Lindsay telah mendapat ancaman bunuh melalui Internet daripada seorang lelaki bernama David Cocordon pada Mei lalu.

Justeru itu, Lindsay membuat laporan polis sehingga surat perintah penahanan sementara dikeluarkan terhadap David pada 19 Mei lalu.

Berikutan itu juga pihak berkuasa, Los Angeles memerintahkan agar pemuda itu menjauhkan diri dan tidak menghubungi Lindsay sehingga tahun 2013.

Bagaimanapun, bintang Mean Girls itu tidak menghadirkan diri ketika persidangan tersebut berlangsung dengan alasan sedang menjalani hukuman kuarantin di rumah selama 120 hari selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Artikel Berikut

Artikel Lain