suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu Dekad, Kompilasi Lagu Popular Dekad Lalu

ALBUM: Satu Dekad ARTIS: Variasi artis EDARAN: Warner Music Malaysia

DALAM lambakan pelbagai album kompilasi di pasaran, album berjudul Satu Dekad ini antara yang menarik perhatian.

Mungkin kulit albumnya yang kelam dan pudar itu kurang menonjol tetapi pemilihan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tiga dalam satu ini menjanjikan satu pembelian berbaloi.

Kompilasi ini punya makna tersendiri buat penggemar muzik Melayu kerana ia memuatkan barisan lagu yang pernah popular pada dekad lepas.

Idealnya, album ini terbahagi kepada tiga cekera padat (CD), di mana setiap CD merangkumi 17 trek lagu.

Untuk CD 1, antara lagu-lagu yang terkandung adalah Pandang Pandang, Jeling Jeling (Tan Sri Dr. SM Salim & Datuk Siti Nurhaliza), Relaku Pujuk (Spider), Juwitaku Citra Terindah (M. Nasir), Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq) dan Kesetiaan (Siti Sarah).

Menyusur ke CD 2, lagu-lagu seperti Gemilang (Jaclyn Victor), Mengapa Harus Cinta (Vince), Setia Ku Korbankan (Fauziah Latiff), Sonata Musim Salju (Hazami) dan Puteri (Zainal Abidin) mungkin memikat anda.

Beralih pula ke CD terakhir, anda akan dihiburkan dengan Kian (Mawi), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah), Slumber (OAG), Paling Comel (Achik & Nana), Terhangat Di Pasaran (KRU) dan banyak lagi.

Menariknya, pengalaman mendengar kesemua trek dalam album ini mungkin dapat mengimbau semula kenangan lama pada era 1990-an hingga 2000.

Album ini dijual dengan harga ekonomi iaitu RM29.90. Peminat muzik tanah air boleh menikmati 51 buah lagu popular menerusi album Satu Dekad yang kini berada di pasaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain