suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cameron Diaz Sedia Untuk Berkahwin

AKTRES Cameron Diaz, 38, (gambar) dikhabarkan sedang bercinta dan bersedia untuk berkahwin dengan Alex Rodriguez.

Cameron bercinta dengan pemain besbol yang popular dipanggil A-Rod itu sejak setahun lalu. Malah Cameron dikatakan makin serius bersama A-Rod setelah memperkenalkan lelaki tersebut kepada ibunya, Billie.

"Alex sangat mencintai Cameron dan Cameron suka A-Rod yang sangat mementingkan keluarga," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Sabtu.

Menurut majalah InTouch America, A-Rod telah membeli cincin tunang di New York baru-baru ini. Bintang filem Holiday itu juga dikhabarkan mesra dengan kedua-dua anak A-Rod iaitu Natasha, 6 dan Ella, 3.

Cameron menunjukkan keseriusannya kepada A-Rod dengan berpindah rumah di Miami agar lebih dekat dengan lelaki itu. Sebelum ini wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin terburu-buru.

Sebelum ini, Cameron pernah bercinta dengan aktor Matt Dillon ketika keduanya bergandingan dalam filem There's Something About Mary.

Dia juga pernah bercinta selama empat tahun dengan Jared Leto. Kemudian hati Cameron terpikat kepada Justin Timberlake dan kemudian putus selepas tiga tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain