suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sheila Majid Jadi Aspirasi Maia (Ratu)

PENYANYI Datuk Sheila Majid (gambar) menjadi aspirasi penting kepada penyanyi Indonesia, Maia Estianty dalam karier muziknya.

Ada beberapa hal yang Maia anggap Sheila mempengaruhi kariernya. Misalnya nama duo 'Ratu' yang pernah Maia tubuhkan bersama-sama Mulan Jameela sebelum ini diaspirasikan daripada Sheila.

"Dia sangat legenda ya. Saya merupakan salah seorang peminat fanatiknya. Dulu saya menubuhkan kumpulan dengan nama Ratu kerana tertarik dengan judul albumnya Ratu.

"Saya sangat menyukai lagu-lagu dalam album tersebut, jadi sebab itu saya namakan kumpulan Ratu," kata Maia baru-baru ini kepada detikhot.

Semasa kecil, Maia juga selalu berangan-angan untuk menjadi seperti Sheila yang pernah menjayakan konsert di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Jakarta, pada Selasa lalu.

Lagu-lagu Sheila seperti Sinaran, Hadirmu, dan Cinta Jangan Kau Pergi sangat diminati oleh bekas isteri penyanyi Ahmad Dhani itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain