suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'Anjang Aki' Dapat Cucu Ke-20

Aktor veteran Datuk Baharuddin Hj Omar yang cukup sinonim dengan gelaran Anjang Aki.
Aktor veteran Datuk Baharuddin Hj Omar yang cukup sinonim dengan gelaran Anjang Aki.
Aktor veteran Datuk Baharuddin Hj Omar yang cukup sinonim dengan gelaran Anjang Aki.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau dikenali dengan nama Anjang Aki, 75, menerima kelahiran cucu ke-20 pada pagi Rabu.

Cucu lelakinya itu dilahirkan oleh anak perempuan keenamnya di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

"Saya jangka cucu saya dilahirkan semalam (Selasa) kerana jatuh pada sambutan Maulidur Rasul.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat.

"Saya juga rasa gembira kerana bertambah lagi cucu lelaki. Lagipun saya kurang mempunyai cucu lelaki berbanding cucu perempuan," katanya kepada mStar Online.

Anjang Aki ditemui pada majlis pelancaran program baru Astro Warna (saluran 132) di Restoran D'Saji Felda, Jalan Semarak, di sini, Rabu.

Program-program menarik yang bakal menemui penonton Astro Warna adalah Zizan Show, Kalau Aku Bukan Artis, Darling dan Iparku Diva.

Kesemua program tersebut akan bersiaran bermula 22 Februari hingga 9 Mac depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain