suria

'Pengantin Untuk Dijual' Sepanjang Februari

Barisan pelakon Pengantin Untuk Dijual.
Barisan pelakon Pengantin Untuk Dijual.
Barisan pelakon Pengantin Untuk Dijual.

PETALING JAYA: Sepanjang Februari ini, stesen televisyen berbayar, Astro akan membawakan sebuah produksi asli drama bersiri, Pengantin Untuk Dijual yang diterbitkan eksklusif untuk Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953).

Lebih istimewanya drama bersiri ini boleh ditonton secara maraton sepanjang bulan Februari dengan melanggan pakej untuk saluran itu pada harga RM9.95.

Drama konflik cinta itu berkisarkan kehidupan seorang gadis bernama Indah Amilea Mansur yang terpaksa berdepan dengan dugaan cinta antara memilih kekasihnya Iskandar atau menyelamatkan maruah keluarga dengan mengahwini seorang lelaki hartawan pilihan ibunya.

Firdaus Datuk Farouk yang ingin dijodohkan dengan Indah ternyata telah jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu, namun sayang cintanya bertepuk sebelah tangan.

Bagaimanapun apabila cinta diterima dia diberitakan keluarga Indah hanya mahu memburu harta semata-mata. Konflik semakin ketara apabila seorang jejaka kaya turut jatuh hati kepada Indah.

Segalanya akan terungkai dalam Pengantin Untuk Dijual.

Drama 13 episod yang menerima garapan pengarahan Feroz Kadir dan Noorsyahida ini bakal mempertaruhkan wajah-wajah baru dan lama seperti Rita Rudaini, Aqasha, Fahrin Ahmad, Rahim Jailani, Rosnah Johari, Sabrina Ali, Nabila Dally dan Dian P.Ramlee.

Di samping drama berisi eksklusif tersebut, para pelanggan juga berpeluang menonton sembilan buah filem serta dua buah konsert seperti Jangan Pandang Belakang 2, Golmal 3, Matataki, Bitter Sweet, The Vicious Kind, Revenge of King Cobra, Womb Ghosts, The Decent 2, I Hate Luv Stories, Konsert Simply Red dan Konsert Barry Manilow.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain