suria

Zahiril Terikut Karakter Budak-Budak

Zahiril Adzim ketika program Ajaran Cinta di Pasar Seni.
Zahiril Adzim ketika program Ajaran Cinta di Pasar Seni.
Zahiril Adzim ketika program Ajaran Cinta di Pasar Seni.

PETALING JAYA: Setelah menjayakan dengan wataknya sebagai pelajar sekolah menengah dalam drama 6 Progresif, pelakon Zahiril Adzim, 27, akui terikut-ikut dengan perangai kebudak-budakan.

Drama arahan Fairuz Loy tersebut berkisarkan tentang kehidupan beberapa pelajar sekolah turut dibarisi oleh pelakon remaja yang masih segar dalam bidang seni termasuk Nas-T, Hanis Kamal, Nabila Dally dan Faralyna Idris.

6 Progresif telah disiarkan di TV9 bermula 13 Januari lalu pada setiap Khamis pukul 8.30 malam.

Menurut Zahiril, watak yang dilakonkan olehnya ialah Nik Adli sebagai ketua kelas 6 Progresif di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Terok.

Di sekolah itu, pelajar baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).

“Saya tak sangka pada usia 27 tahun pun masih lagi ditawarkan watak sebagai budak sekolah. Saya tak nafikan kadangkala watak saya di luar seperti budak-budak kesan berlakon dalam drama ini,” katanya kepada mStar Online.

Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada pelajar baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati.

Kecoh memberi rekod disiplin pelajar baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan pelajar baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.

Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran aliran kemanusiaan.

Pergolakan berlaku apabila pelajar baru itu dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong ketua tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan pelajar baru dari geng rempit dan geng ‘sideburn’.

Pelajar baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.

Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebut pelajar baru untuk menyertai kelab masing-masing.

Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda pelajar baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang pelajar baru.

Artikel Sebelum

Artikel Lain