suria

Faizal Tahir Pertaruh Tuah Tiga Lagu

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Faizal Tahir yakin tiga lagunya yang tercalon ke separuh akhir Muzik Muzik 25 kali ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk ke peringkat Anugerah Juara Lagu.

Tiga lagu tersebut ialah i>Selamat Malam, Hanyut dan Adernalin.

Kata Faizal, impiannya menjadi kenyataan apabila lagu-lagu itu terpilih untuk bersaing dalam rancangan berkenaan yang akan bermula 8 November ini.

"Kali ini merupakan paling banyak pencalonan untuk lagu saya. Saya merasakan ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

"Memang sukar untuk sampai ke peringkat akhir namun saya yakin ketiga-tiga lagu itu mempunyai kekuatannya tersendiri," katanya.

Bagaimanapun, menurut Faizal, dia mengakui persaingan kali ini sangat sengit kerana semua lagu yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri.

"Saya juga akui kali ini lagu-lagu yang dipertandingkan hebat-hebat belaka. Malah lagu yang saya rasa paling kuat ialah Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain.

"Saya sendiri merasakan ia bakal menjadi juara Anugerah Juara Lagu kali ini, lagi pula pada pemerhatian saya komposer Taja seorang yang boleh pergi jauh," katanya.

Namun begitu, Faizal turut memberitahu dia agak tertekan apabila memperolehi giliran terakhir pada ketiga-tiga pusingan separuh akhir tersebut.

Ia disebabkan Faizal perlu membuat persembahan lebih baik daripada peserta sebelumnya.

"Sudah tentu saya tertekan apabila mendapat giliran terakhir bagi ketiga-tiga lagu ini. Terutamanya apabila melihat penyanyi lain buat persembahan dengan baik di atas pentas dan kita akan memikirkan untuk beri lebih baik," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain