suria

Murtabak "Abang Kassim Pon Pon" Idlan & Caca

Idlan yang pakar membuat murtabak selama enam tahun berniaga di Pekan Rauk, Pahang sepanjang bulan puasa ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
Idlan yang pakar membuat murtabak selama enam tahun berniaga di Pekan Rauk, Pahang sepanjang bulan puasa ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
Idlan yang pakar membuat murtabak selama enam tahun berniaga di Pekan Rauk, Pahang sepanjang bulan puasa ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

IDLAN dan Caca mula rapat sejak mereka menyertai rancangan Raja Lawak musim keempat dan tidak mustahil hubungan itu membuatkan mereka ingin berniaga murtabak sepanjang bulan Ramadan ini.

Idlan atau nama sebenarnya Khairul Idlan Abd Razak, 21, dan Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31, membuka gerai ‘Murtabak Abang Kassim Pon Pon’ di sebuah bazar di Pekan Rauk, Pahang.

Lantaran itu, pemuda berasal dari Kulim, Kedah yang berpengalaman membuat murtabak selama enam tahun terpaksa menumpang di rumah Caca yang tinggal di situ sepanjang bulan Ramadan ini.

Bercerita tentang keistimewaan murtabak berisi daging dan ayam itu, Idlan berkata dia tidak meletakkan kubis di dalamnya.

“Alhamdulillah, sambutan perniagaan murtabak ini agak mengalakkan. Ada juga pembeli terdiri daripada peminat saya dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar,” katanya kepada mStar Online.

Mengenai kehidupannya selepas lapan bulan bergelar artis, anak ketujuh daripada lapan beradik itu mengakui menjalani kehidupan yang sama seperti sebelum ini.

Selepas mendapat tempat kedua dalam Raja Lawak 4, dia menerima banyak tawaran lakonan dan program Raya.

Antaranya drama 13 episod Zaiton Cinta Saloon, telefilem Aidilfitri Abang Kassim Pon Pon, telefilem 3 Budak Botak Dua Hari Di Hari Raya, drama 13 episod 3 Budak Botak, Nenek Perkasa, MegaRaya Syawal Bersama Bintang dan telefilem Mi Janda.

Artikel Berikut

Akma AF3 Berpisah Cara Baik

Artikel Lain