suria

Video Porno: Polis Indonesia Masih Perlu Keterangan Saksi

MAHKAMAH di Indonesia mengembalikan dokumen penyanyi Ariel kepada pihak polis untuk dilengkapi. Disebabkan itu, polis masih memerlukan beberapa keterangan saksi lain yang dikaitkan dengan video porno tersebut.

"Kita masih memerlukan keterangan saksi-saksi lagi untuk menyelesaikan kes ini," ujar Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta, Jumaat.

Namun, Marwoto enggan mendedahkan siapa yang menjadi saksi tersebut. Beliau hanya mengatakan saksi tersebut bukan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.

"Kita hanya memerlukan keterangan saksi-saksi lain selain daripada mereka bertiga," jelasnya.

Sama seperti dokumen Ariel, mahkamah juga mengembalikan dokumen milik Luna, Tari dan RJ yang disyaki sebagai penyebar video porno. Dua dokumen tersebut sama-sama dinilai belum lengkap.

Artikel Lain