suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tandas John Lennon Dilelong UK$ 9,500 (RM 46,318.28)

Ahli-ahli kumpulan The Beatles pada muka depan album (1965). Ikut jam, dari kiri atas: Paul McCartney, Ringo Starr, John Lennon, dan George Harrison. - Foto AP

TANDAS milik bintang The Beatles, John Lennon terjual pada harga UK$ 9,500 (atau RM 46,318.28) di sebuah jualan lelong di London.

Seorang pengumpul luar negara membeli porselin yang digunakan oleh legenda muzik itu selama tiga tahun mendiang tinggal di Tittenhurst Park, Berkshire, antara tahun 1969 dan 1972.

Lennon memberikannya kepada seorang pembina bangunan, John Hancock. Mendiang memberitahu dia supaya menggunakannya sebagai pasu bunga setelah memasang tandas baru.

"Ia sukar dipercayai kerana tawaran datang dari seluruh dunia tetapi akhirnya ia berjaya dibida oleh seorang pengumpul dari luar negara," kata penganjur lelong, Stephen Bailey kepada media.

Jualan lelong itu diadakan di Auditorium Paul McCartney itu di The Liverpool Institute for Performing Arts.

Tandas itu telah disimpan di gudang Hancock selama hampir 40 tahun, sehingga dia meninggal dunia baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia