suria

Aniston Belanja RM146 Sebulan Untuk Alat Solek

PELAKON Jennifer Aniston (gambar) mampu membeli apa saja yang diingininya tetapi dia lebih gemar untuk berjimat-cermat.

Dia hanya membelanjakan $30 pound (RM146) sebulan untuk membeli alat-alat solek.

Pelakon itu menggunakan produk kecantikan yang sama sebelum dia menjadi bintang filem Hollywood.

Bintang berusia 41 tahun ini memilih melakukan aktiviti yoga untuk mengekalkan kecantikan.

Selain itu, dia bergantung kepada sabun jenama Peaches and Cream dari Neutrogena sebagai produk kecantikan dan mengakui telah menggunakan produk tersebut sejak zaman persekolahan lagi.

Aniston juga gemar menghias bulu keningnya daripada berkunjung ke salun kecantikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain