suria

Michael Jackson Ada Anak Rahsia?

KEHIDUPAN peribadi penyanyi Michael Jackson (gambar) memang sukar dijangka. Setelah kematiannya pada Jun 2009 lalu, satu-persatu kisah Michael terungkap. Terbaru, dia dikhabarkan mempunyai 'anak rahsia'.

Seperti yang diketahui, anak-anak Michael adalah Prince dan Paris hasil perkahwinannya dengan Debbie Rowe.

Sementara Blanket dipercayai adalah putera bongsu Michael hasil dia mendermakan sperma kepada seorang wanita.

Kini seorang lelaki berusia 18 tahun bernama Donte Williams Jackson disebut-sebut sebagai anak Michael dengan seorang wanita tak dikenali. Selama ini Donte tinggal bersama ibu Michael, Katherine Jackson.

Menurut Showbiz Spy, Sabtu, selama ini Donte dikenal sebagai anak angkat dalam keluarga saudara Michael, Randy dan Alejandra Oaziaza.

Namun Donte dilahirkan lapan bulan setelah putera Randy dilahirkan iaitu Randy Jr.

"Michael sangat dekat dengan Donte. Bahkan kami tidak yakin apakah donte tahu siapa orang tuanya. Dia salah seorang anak yang baik," jelas sumber.

Donte dipercayai sebagai anak rahsia kedua Michael. Omer Bhatti, 26, didakwa sebagai anak pertama Michael hasil hubungan singkat dengan King of Pop tersebut dengan Zerline LaVette Dixon.

Artikel Lain