suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariel Dinasihat Minta Maaf, Contohi Tiger Woods & Bill Clinton

BEKAS vokalis Peterpan, Ariel dinasihatkan mengikut jejak langkah juara golf dunia Tiger Woods dan bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dengan meminta maaf kepada masyarakat.

"Saya kata kepada Ariel, cuba kamu lihat Tiger Woods dan Bill Clinton. Mereka mahu minta maaf kepada masyarakat dan masyarakat memaafkan," ujar Ketua Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI), Hadi Supeno ketika ditemui detikhot di pejabatnya di Jalan Teuku Umar, Menteng, Jakarta Pusat, Jumaat.

Menurut Hadi Supeno, Tiger Woods dan Bill Clinton, masih boleh meneruskan karier masing-masing setelah meminta maaf. Jika Ariel mengaku dan minta maaf sekarang, masyarakat juga akan memaafkannya seperti Woods dan Clinton, katanya.

"Lama-lama nanti, masyarakat akan lupa. Ketika saya memberitahu Ariel begitu, dia tampak terdiam sebentar," cerita Hadi lagi.

Ketua KPAI itu yakin jika Ariel minta maaf kariernya akan terus berkembang. Di matanya, penyanyi lagu Tak Ada Yang Abadi itu juga memiliki bakat luar biasa.

Artikel Lain