suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Dianggap Perisik Terbaik

Angelina Jolie bergambar semasa majlis untuk mempromosikan filem terbaru, Salt, di Cancun, Mexico, pada 30 Jun 2010. - Foto AP

PENGARAH filem The Bone Collector, Phillip Noyce gemar menghasilkan filem mengenai perisik.

Dalam filem terbarunya, Salt, beliau mendapati aktres Angelina Jolie ialah calon perisik yang terbaik untuk membintangi filem itu.

"Ada yang berkata kita lebih mempercayai mereka yang menarik daripada mereka yang kurang menarik. Jadi Angelina ialah perisik terbaik kerana dia ialah dewi pujaan," kata Noyce kepada media.

Pengarah berusia 60 tahun itu sedang sibuk mempromosikan Salt. Menurut skrip asal filem tersebut, ia berkisar kepada seorang perisik lelaki.

Bagaimanapun, pelakon Tom Cruise menolak tawaran berlakon dalam filem tersebut kerana bimbang watak itu hampir sama dengan watak Ethan Hunt yang turut dibawanya dalam filem Mission Impossible.

Akhirnya, skrip itu diubah dan perisiknya ialah seorang wanita.

Artikel Lain