suria

Danny Promosi Tuala Wanita Bukan Sebab Terdesak

Danny akan menjayakan aktiviti promosi tuala penyayang She. - Foto oleh RAYMOND OOI
Danny akan menjayakan aktiviti promosi tuala penyayang She. - Foto oleh RAYMOND OOI
Danny akan menjayakan aktiviti promosi tuala penyayang She. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Pelakon Danny,30, tidak malu untuk terlibat bagi mempromosikan tuala wanita jenama She dan menolak tanggapan kononnya dia terdesak melakukan pekerjaan itu bagi menampung sumber kewangannya.

Danny berkata, tindakan itu adalah sebahagian dari usahanya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik kerana setiap pembelian tuala wanita itu akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).

“Saya tidak malu atau terdesak kerana ini adalah satu projek yang dilakukan dengan kerjasama Makna. Ia bukan hanya untuk wanita tetapi ia juga baik untuk golongan lelaki supaya mereka mengetahui cara penjagaan yang dilakukan wanita.

"Saya nak galakkan kaum lelaki supaya tidak malu untuk mengambil tahu tentang kepentingan tuala wanita sebab saya juga dilahirkan daripada rahim ibu saya," katanya ketika sidang media dan pelancaran tuala wanita She di Subang Jaya, Khamis.

Dengan pembelian setiap bungkus tuala wanita She, sebanyak 10 sen akan didermakan kepada Makna. Kempen ini sah dari 1 Julai hingga 30 September akan datang.

Selain Danny, dua lagi selebriti yang akan menjayakan siri jelajah untuk mempromosikan tuala wanita She adalah Haiza dan Lisdawati.

Dalam perkembangan lain, Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kelantan.

"Saya belajar jarak jauh dalam sebulan sekali. Semua tugasan dan nota dihantar dan dimuat turun secara dalam talian.

"Walaupun saya dah berusia 30 tahun, tapi saya tak rasa terlambat untuk sambung belajar. Sebelum ini, saya banyak belajar tentang kehidupan tapi sampai tahap sekarang ini saya baru terasa ada yang kurang," ujarnya.

Danny juga masih berlakon dan menyanyi serta menjadi pengacara untuk majlis-majlis keraian. Terbaru, dia baru selesai penggambaran drama Ejen 2X5.

Sebelum ini Danny turut berlakon dan menjadi penerbit filem Belukar.

Artikel Sebelum

Artikel Lain