suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ESix Johan Rentak Juara

SEREMBAN Kumpulan Enigmatic Six (ESix) berjaya menggondol wang tunai RM200,000 setelah muncul johan Rentak Juara 2010 yang diadakan di Kompleks RTM Sungai Gadut, di sini malam Sabtu.

ESix yang dianggotai oleh lima anak muda dari Kuala Lumpur menempah tuah melalui lagu Orang Arek dan sebuah lagu ciptaan mereka sendiri iaitu Gipsi Terakhir.

Naib johan pula menggondol RM50,000 yang dimenangi oleh Kumpulan Enava.

Dalam Rentak Juara tahun ini, kumpulan paling polular dimenangi oleh Kumpulan Anthem dan kategori lagu terbaik dimenangi oleh kumpulan D'Rough Mixture.

Rentak Juara 2010 meletakkan syarat wajib iaitu setiap kumpulan harus mendendangkan satu lagu ciptaan mereka dengan tahun ini moto pertandingan ialah 'Julang Jati Diri'.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz turut hadir. - BERNAMA

Artikel Lain