suria

Editor Muzik Dituduh Sebar Video Lucah Ariel

ALIAS Redjoy dipercayai menjadi dalang di sebalik penyebaran video lucah milik Nazriel Ilham Alias atau Ariel.

Alias atau dikenali sebagai RJ juga merupakan editor muzik Peterpan yang menjadi kepercayaan Ariel ketika proses mengubah lagu-lagu kumpulan itu.

"RJ bekerja sebagai pembantu atau editor muzik di studio milik saya sejak tahun 2005," ujar Produser Peterpan, Capung Hc Purnomo seperti dipetik i>Kapanlagi.com.

Capung juga memberitahu, RJ mula bekerjasama dengan Ariel sejak Peterpan melancarkan album Hari Yang Cerah pada 2005.

Menurutnya, RJ merupakan seorang yang baik dan tidak punya masalah dengan siapa pun dan dia tidak menyangka jika RJ dituduh terlibat dalam hal ini.

"Dia (RJ) itu orangnya baik dan tidak punya masalah dengan semua orang di sini. Berita tentang dia turut terlibat dalam kes ini sangat mengejutkan kami. Malah pada pengetahuan saya RJ merupakan editor kegemaran Ariel ketika membuat semua lagu-lagu Peterpan," katanya.

Artikel Lain