suria

Mentor 4: Dayang Mahu Adi Lebih Gigih

Dayang Nurfaizah dan protegenya, Adi Hamiz Johar (Adi). - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF
Dayang Nurfaizah dan protegenya, Adi Hamiz Johar (Adi). - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF
Dayang Nurfaizah dan protegenya, Adi Hamiz Johar (Adi). - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF

DAYANG Nurfaizah menasihati Adi Hamiz Johar (Adi) supaya berusaha lebih gigih sekiranya dia mahu berjaya dalam rancangan Mentor musim keempat.

Ini kerana penyanyi popular itu bimbang protogenya akan tersingkir dalam persembahan akhir nanti.

Ia berdasarkan kepada prestasinya yang berada pada kedudukan kedua dalam konsert mingguan akhir Kumpulan B Ahad lalu.

Pada minggu sebelumnya, Adi Hamiz turut menduduki tempat kedua selepas Haimie Napsun (Ayim).

"Saya tak nak kata Adi sudah selesa dengan kedudukan itu sebaliknya dia kena berusaha dengan lebih gigih lagi dalam setiap persembahan," katanya.

Pun begitu, Dayang sedar dia tidak dapat memberikan segala ilmu kepada Adi dan menuntut protegenya itu mempertingkatkan setiap kelemahan yang ada.

"Kalau kita nak tunggu seseorang peserta Mentor itu meningkat prestasinya.... tempoh seminggu adalah tidak mencukupi. Lagi banyak dia membuat persembahan, lagi banyak dia boleh belajar," katanya.

Berhubung persembahan hambar Adi ketika berduet dengan Tam Spider menerusi medley lagu Mentera Semerah Padi dan Relaku Pujuk , Dayang memberitahu, Adi telah membuat sesuatu yang terbaik.

"Memanglah sebab Tam penyanyi senior. Dia mempunyai pengalaman yang banyak. Aura dan kehadiran di atas pentas Tam memang tinggi," jelas Dayang.

Dayang menambah, Adi telah banyak menunjukkan peningkatan dari segi prestasi berbanding ketika kemunculannya pada peringkat awal.

Artikel Sebelum

Usher Gegar KL 7 Julai

Artikel Berikut

Artikel Lain