suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chef Zam Tinggalkan KDU

PETALING JAYA: Chef Selebriti terkenal, Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam hari ini dengan rasminya melepaskan jawatan sebagai pensyarah dan Ketua Projek Khas di Kolej KDU (dahulunya dikenali sebagai Kolej Damansara Utama).

Menurut Chef Zam, beliau membuat keputusan meninggalkan kolej itu kerana mahu memperluaskan bidang perniagaan dengan membuka sebuah kolej kulinari yang dikenali sebagai Silver Spoon International College, bertempat di Taman Perniagaan Puchong, Selangor.

Kata Chef Zam, selepas 13 tahun berkhidmat di Kolej KDU, beliau mahu menggunakan pengalaman itu dengan membuka sebuah kolej dan bertindak sebagai pengetua.

“Kolej ini akan dibuka pada bulan Julai nanti dengan pelajar pertamanya dianggarkan kira-kira 150 sehingga 200 orang,” katanya.

Jelas Chef Zam lagi, walaupun agak sedih meninggalkan Kolej KDU tetapi dia tetap akan bekerja secara separuh masa bagi mengendalikan projek-projek khas dan acara tertentu.

Chef Zam memulakan tugasnya di Kolej KDU pada tahun 1997 selepas menamatkan pengajiannya di sebuah universiti di Providence, Amerika Syarikat dalam bidang kulinari.

Artikel Lain