suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Akhir AF8 Disiar Dalam Definisi Tinggi

Khairul Anwar Salleh.
Khairul Anwar Salleh.
Khairul Anwar Salleh.

KUALA LUMPUR: Semenjak kejayaan pelancaran siaran definisi tinggi (HD) yang pertama di Malaysia melalui perkhidmatan Astro B.yond pada tahun lepas, Astro terus membawakan banyak lagi kandungan dan saluran berdefinisi tinggi kepada para pelanggan.

Mereka boleh menikmati pengalaman baru menonton televisyen dengan warna yang lebih cantik, gambar yang lebih jelas dan bunyi sekeliling seperti di pawagam.

"Kalau kita ikut Piala Thomas dan Piala Uber, kita siarkannya dalam bentuk HD.

"Kali ini dengan sukacita dimaklumkan Akademia Fantasia pula bakal melakar sejarah. Konsert terakhir AF8 akan disiarkan dalam bentuk HD," kata Ketua Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Konsert akhir AF8 dijadual bersiaran langsung dari Stadium Putra , Bukit Jalil pada 22 Mei ini, pukul 9 malam.

Menurut Khairul, sebagai program hiburan tempatan yang pertama disiarkan dalam bentuk HD, AF8 merupakan titik permulaan dan petanda bahawa banyak lagi program terbitan tempatan akan disiarkan dalam bentuk HD tidak lama lagi.

Saluran istimewa, AFHD (saluran 124) yang akan memaparkan konsert akhir AF8 dalam HD boleh diperolehi semua pelanggan Astro B.yond tanpa sebarang kos tambahan dari 22 Mei pukul 00:01 hingga 23 Mei, pukul 23:59 (3 hari tanpa henti).

Untuk melanggan Astro B.yond, sila layari laman web www.astro.com.my/byond atau hubungi talian 1-300-82-3838.

Artikel Berikut

Artikel Lain