suria

Melissa Bukan Menyepi

Melissa (dua dari kiri) bersama pelakon filem Hooperz yang lain ketika pratonton filem tersebut di Cathay Cineleisure Damansara semalam. - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Melissa (dua dari kiri) bersama pelakon filem Hooperz yang lain ketika pratonton filem tersebut di Cathay Cineleisure Damansara semalam. - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Melissa (dua dari kiri) bersama pelakon filem Hooperz yang lain ketika pratonton filem tersebut di Cathay Cineleisure Damansara semalam. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

JARANG kali wajah Melissa Maureen Rizal dipaparkan oleh media hiburan tanah air memandangkan bukan mudah untuk mendapatkan aktres, model dan pengacara cantik itu.

Namun hakikatnya, diri wanita berdarah kacukan Pakistan dan Cina itu hanya menjalankan kehidupan seperti manusia biasa yang lain.

Isteri kepada Malique (Too Phat) itu berkata, tiada yang menarik untuk dikongsikan tentang kehidupan peribadinya selama ini.

“Saya bukannya sengaja tidak mahu menjawab panggilan wartawan sebelum ini tetapi mungkin kerana saya sedang sibuk dengan penggambaran.

"Selain itu, saya juga tidak akan menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali,” katanya kepada pemberita selepas pratonton filem Hooperz di Cathay Cineleisure, Damansara, semalam.

Tambah pengacara program Teman 2 itu, bukannya dia enggan berkongsi kisah hidupnya sebaliknya sukar untuk dia tunduk kepada perasaan malu yang menebal.

“Bukan sahaja malu, saya juga rasa kekok apabila dikelilingi oleh orang ramai. Jadi, pada masa itu jangan anggap saya tidak mahu berkongsi cerita dengan semua orang,” ujar ibu berusia 30 tahun itu.

Kini, Melissa hanya mahu menumpukan kepada anaknya, Medina yang berusia 10 bulan dan menjalankan kerja seninya seperti biasa.

Sesibuk mana pun, dia tidak akan melupakan Medina kerana anaknya tidak dijaga oleh pembantu rumah.

Bercerita tentang Hooperz, wanita itu tidak merasakan dirinya mempunyai persamaan dengan watak Wan Zulaikha lakonanannya dalam filem itu.

“Bukan mudah untuk membawakan watak perempuan yang perlu berbahasa Melayu baku kerana saya tidak berapa mengamalkan bahasa seperti itu. Jadi saya perlu study dan banyak praktis mempelajari bahasa itu.

“Saya tak rasakan diri saya terlalu skema seperti Wan Zulaikha,” kata Melissa yang sedang sibuk menjalani penggambaran filem Lagenda Budak Setan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ameng Direman Tiga Hari

Artikel Lain