suria

Geng ‘Celepets’ Tak Sabar Nanti Kelahiran Anak Dynas

Dynas sedang menunggu kelahiran bayi sulungnya pada 1 April ini.
Dynas sedang menunggu kelahiran bayi sulungnya pada 1 April ini.
Dynas sedang menunggu kelahiran bayi sulungnya pada 1 April ini.

BERMULA daripada perjumpaan di majlis pelancaran produk makanan kucing, Fancy Feast, hubungan tujuh selebriti- Atilia, Serena Choong, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Daphne Iking dan Aishah Sinclair semakin akrab sehingga nama geng ‘Celepets’ tercipta.

Idea nama ‘Celepets’ dipilih bagi memberikan maksud selebriti yang mempunyai haiwan peliharaan (pet).

Penyanyi jazz kontemporari, Atilia memelihara dua ekor kucing; penyampai Hitz FM, Serena (anjing); pengacara dan pelakon, Hani (Kucing); pengacara dan pelakon, Sazzy (lima kucing); pelakon, Dynas (kucing); pengacara, Daphne (kucing) manakala pengacara, Aishah Sinclair (dua kucing).

“Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain dalam industri ini tetapi tidak pernah menjadi kawan baik. Tetapi saya sudah lama rapat dengan Hani dan Sazzy sejak Ria Sentral dulu lagi,” kata Atilia ketika berkunjung di rumahnya baru-baru ini.

Masuk tahun ini, sudah dua tahun tujuh selebriti itu menjadi kawan rapat. Masih teringat lagi Atilia sewaktu ketujuh-tujuh mereka berkumpul dalam majlis hari jadi Daphne pada tahun lalu.

“Hubungan kami tidak pernah putus. Semuanya mempunyai telefon bimbit Black Berry. Jadi, kami selalu menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain,” luah Atilia dengan penuh gembira ketika membayangkan suasana ketika masing-masing berkomunikasi.

Selain berkongsi minat memelihara binatang, mereka juga saling meminati yoga. Pernah sekali mereka menghabiskan masa di beyoga setiap hari di bawah rumahnya di Damansara Perdana.

“Kami juga pernah menikmati yoga sewaktu bercuti di Bali, Indonesia,” kata pemilik nama Raja Puteri Atilia Raja Haron, 36, lagi sambil bermain dengan dua ekor kucingnya, Smeagol dan Precrous.

Dalam rancak berbual, puteri sulung penyanyi veteran Salamiah Hassan itu sempat berkongsi cerita tentang perasaan terujanya dan kawan-kawan lain menantikan kelahiran bayi sulung Dynas yang dijangka bersalin pada 1 April ini.

Malah, katanya mereka juga berkongsi masalah dan tidak lokek menasihati antara satu sama lain.

“Kami saling menyokong antara satu sama lain. Misalnya, kami memberikan sokongan moral kepada Daphne baru-baru ini.

“Bagi saya, hubungan kami sangat istimewa kerana masing-masing berkecimpung dalam industri seni.

“Kami jarang sibuk pada weekday sedangkan kawan-kawan luar dari industri ini sibuk dengan karier masing-masing.

“Kami siap boleh buat perniagaan melibatkan muzik dan tarian. Kalau tiga orang yang menyertai sesuatu program itu, tujuh-tujuh akan pergi sekali.

“Insya-Allah, saya akan membawa keenam-enam kawan saya untuk terlibat sama dalam pembikinan muzik video lagu saya berjudul Indah,” tuturnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain