suria

Ammar Nafi Terbabit Facebook Hina Wartawan Hiburan

Laman sosial Facebook yang menghina wartawan hiburan Malaysia yang ditemui baru-baru ini.
 Laman sosial Facebook yang menghina wartawan hiburan Malaysia yang ditemui baru-baru ini.
Laman sosial Facebook yang menghina wartawan hiburan Malaysia yang ditemui baru-baru ini.

SELEPAS memohon maaf secara terbuka kepada semua wartawan hiburan atas kenyataan kontroversinya mengugut bunuh wartawan hiburan di Facebook pada Jumaat lalu, pelakon Ammar Alfian Aziz, 22, mengakui tidak lagi aktif melayari laman sosial tersebut.

Dia juga menafikan dakwaan terlibat secara langsung terhadap akaun Facebook, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam S***) yang menghina dan mencaci wartawan hiburan kelmarin.

Menurut jejaka ini, pengajaran lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dalam mengemaskini akaun Facebook peribadinya. Namun jika benar pemilik akaun laman sosial tersebut ingin membela atau berpihak kepadanya, dia hanya mampu menasihatkan agar menghentikan tindakan tersebut.

"Selepas kejadian tersebut saya jarang buka FB, saya lebih berhati-hati untuk terima rakan dan kemaskini status. Malah nama juga saya tukar kepada bahasa jawi supaya orang tidak mengenali saya.

"Saya tahu sekarang ada tiga akaun FB yang mengunakan identiti saya. Saya takut ada yang cuba ambil kesempatan pula dengan kontroversi ini.

"Berhubung hina wartawan itu saya tidak tahu langsung. Kalau pun ada kene mengena dengan saya, sama ada peminat atau rakan-rakan saya, saya harap mereka hentikanlah.

"Saya pun sudah tidak mampu nak melawan, jadi mereka tidak perlu bersusah payah balas untuk saya pula. Saya dah tak sanggup nak buat masalah dan berhadapan dengan media lagi" keluh Ammar ketika ditemui di Menara Star semalam.

Anak jati Johor ini juga mengakui menerima banyak teguran daripada pelakon-pelakon yang lebih senior agar berhadapan dengan perkara sebegini dengan lebih tenang.

"Saya tidak ada masalah untuk bergaul dengan pelakon lebih senior disebabkan kontroversi ini, malah mereka banyak beri nasihat agar saya jangan cepat melatah.

"Seperti Jihan Miskin, Fizz Fairus, Fasha Sandha dan Almy Nadia, mereka banyak beri nasihat kepada saya. Saya sangat menghargai keperihatinan mereka kepada pendatang baru macam saya," kata Ammar yang sedang menjalani penggambaran drama siri Atilia.

Artikel Sebelum

Wajah Baru Dimple Kapadia

Artikel Lain